Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

25 January 2010

MUSIM PERSEKOLAHAN 2010

Pengetua SMAASZA sedang berucap


Ibu Bapa dan pelajar sedang mendengar Tuan Pengetua berucap.

Berjumpa lagi kita di tahun 2010. Saban tahun kerjaya sebagai seorang guru semakin mencabar. Banyak perubahan drastik berlaku dengan begitu pantas sekali. Penjelajahan ilmu seiring dengan kepantasan masa. Justeru itu penguasaan ilmu menjadi amat penting dan merupakan teras dan nadi kehidupan manusia.


Alam persekolahan yang baru menuntut segala pelbagai perubahan. Segala nya mahu cepat dan pantas. Saya teringat kata-kata seorang penceramah kursus pendidikan yang saya ikuti Disember 2009 yang lalu.
" Tahun 2010 semua mesti cepat, guru mesti berlari menuju ke kelas untuk mengajar, menunjukkan betapa sayang dan cintanya guru terhadap tugas dan anak murid, dan bila waktu pulang pula, guru berjalan sangat perlahan kerana berat hati untuk meninggalkan sekolah", BERLARI VS BERJALAN.

Jadi tidak hairan lah pada pagi hari pertama persekolahan baru-baru ini terdapat beberapa orang Nazir dari Jabatan Pelajaran Negeri telah terpacak di sekolah-sekolah untuk memastikan P & P berjalan seperti biasa. Dan jangan terkejut ada terdapat segelintir guru yang dikehendaki memberi "tunjuk sebab" kerana tidak masuk kelas mengajar pada masa tersebut!

Proses membudayakan warga sekolah untuk melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang dan dengan "jayanya" sebagaimana yang dituntut bukan lah mudah. Ia memerlukan pengorbanan, masa, usaha dan keikhlasan yang tinggi. Tanpa k0mitmen dan jati diri hasrat murni untuk melahirkan "modal insan" tidak akan berjaya.

Seperti biasa dikebanyakan sekolah bulan Januari ini banyak diadakan aktiviti kurikulum seperti, sukan olahraga, permainan dan larian merentas desa. Tetapi dalam masa yang sama aktiviti kurikulum berjalan mengikut apa yang telah dirancang. Sebagai contoh, pada minggu pertama mungkin sesetengah sekolah mengadakan UJIAN DIAGNOSTIK bagi pelajar-pelajar PMR. Ini bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan pelajar sejak awal-awal lagi supaya guru dapat mengesan kelemahan pelajar dan berusaha untuk dipulihkan agar pelajar dapat meningkatkan prestasi mereka dari masa kesemasa.

Pada hujung bulan Januari pula diadakan UJIAN TOV bagi pelajarPMR dan SPM. Dengan ini membolehkan guru mensasarkan target untuk peperiksaan sebenar nanti. Guru akan bekerja dan berusaha untuk mencapai target sasaran mengikut keupayaan, kebolehan dan potensi pelajar yang sebenar.

"KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN SESEBUAH SEKOLAH ITU BERGANTUNG KEPADA KEPIMPINAN PENGETUANYA DAN KOMITMEN SERTA DEDIKASI YANG TINGGI GURU-GURUNYA"