Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

11 March 2010

KEJOHANAN SUKAN MASMAT KALI KE 40

Ceria..........pasukan Bola Sepak Menengah Atas SMAASZA

Urusetia sedang sibuk menjalankan tugas.

Tahun ini genap kali ke 40 Kejohanan sukan bagi sekolah-sekolah menengah Agama negeri Terengganu. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah terdiri daripada 14 buah sekolah agama dan Imtiaz. Kejohanan sukan Masmat Akhir ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 10 hingga 13 Mac 2010. SMAASZA dipertanggungjawabkan sebagai tuan rumah dimana semua pasukan daripada 14 buah sekolah tersebut berkampung disini. 14 buah sekolah tersebut adalah:

1. SMA Atas Sultan Zainal Abidin 2. Sek Men Agama Maarif, Kg Raja, Besut 3. Sek Men Agama Ittifakiah, Jertih, Besut 4. Sek Men Agama Marang, Marang 5. Sek Imtiaz, Kuala Terengganu 6. Sek Imtiaz, Kuala Berang 7. Sek Men Agama Khairiah 8. Sek Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang 9. Sek Men Agama Sultan Ismail, Dungun 10. Sek Men Agama Al-Falah, Kemaman 11. Sek MEn Agama Setiu, Setiu 12. Sek Men Imtiaz, Dungun 13. Sek Men Imtiaz, Besut 14. Institut Al Quran Terengganu

Peserta pingpong perempuan sedang bertanding

Pasukan Sepak Takraw sedang bersiap sedia untuk berlawan

Antara acara yang dipertandingkan ialah,
Perempuan:
1. Bola Jaring Menengah Bawah dan Atas
2. Badminton Menengah Bawah dan Atas
3. Pingpong Menengah Bawah dan Atas
4. Bola Tampar Perempuan Terbuka
5. Petanq Perempuan Terbuka

Lelaki:

1. Bola Sepak Menengah Bawah dan Atas
2. Sepak Takraw Menengah Bawah dan Atas
3. Badminton Menengah Bawah dan Atas
4. Pingpong Menengah Bawah dan Atas
5. Bola Tampar Lelaki Terbuka
6. Petanq Lelaki Terbuka

Jumlah peserta lelaki ialah 461 orang dan peserta perempuan ialah 301 orang menjadikan jumlah keseluruhan peserta ialah 762 orang peserta. Jumlah Pengurus Pasukan Lelaki iallah 51 orang manakala jumlah Pengurus Pasukan perempuan ialah 43 orang menjadikan jumlah keseluruhan peserta dan pegawai pada kejohanan kali ini ialah 856 orang.

1 comment:

  1. oh..cepatnye mase berlalu..10 tahun yg lalu, saya salah seorang dari mereka..mewakili sekolah utk acara badminton..

    ReplyDelete