Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

27 March 2010

"KEMENJADIAN" PELAJAR


Pelajar diddik supaya mengamal nilai-nilai murni, berdikari, bersungguh-sungguh dalam pembelajaran , patuh kepada peraturan sekolah, berdaya saing dengan semangat ingin berjaya dengan cemerlang. Persoalannya berapa ramai pelajar menghayati ajaran dan didikan yang disemai? - gambar hiasan -

Assalamulaikum Wbt....

Saya terpanggil untuk mencoret sepatah dua kata di laman ini sebagai memenuhi tuntutan rasa hati dengan senario budaya persekitaran persekolahan, pengisian jiwa yang mereka perolehi dengan penampilan dan pembawaan mereka (golongan pelajar) ke dalam masyarakat.

Kepada anda ibubapa dan golongan guru khususnya..... Pernahkah kita terfikir tentang "kemenjadian" anak-anak yang kita bimbing , asuh dan terap nilai-nilai agama, tatasusila dan segala macam ajaran yang baik-baik sebagai bekalan hidup mereka?


Terus terang boleh dikatakan masalah remaja semakin meruncing hari ini. Pelbagai masalah remaja yang kompleks sering kedengaran dan ketahuan oleh kita melalui media cetak, media eletronik, dan kadang-kadang berlaku di depan mata dalam masyarakat kita.

Kepada siapa harus disalahkan? kepada ibu bapa? atau guru yang tidak berkesan mendidik atau pun kepada masyarakat yang semakin tandus dengan nilai-nilai kerohanian?
Titik permulaan nya adalah rumah. Ibu bapa adalah sebagai pembentuk utama peribadi anak-anak di rumah. Ibu bapa adalah model nombor satu bagi anak-anak. Perletakan batu asas ini seharusnya dihayati, difahami dan dimetrai dengan kuat dalam jiwa anak-anak.

Bermula dari pembelajaran di Tadika, Sekolah Rendah, dan Sekolah Menengah masa mereka banyak dibangku persekolahan, bersama guru. Pendek kata daripada seorang kanak-kanak itu berumur 3 dan 4 tahun lagi mereka telah didedahkan dengan alam P& P guru. Lebih-lebih lagi apalagi seseorang itu membesar di asrama sebaik sahaja selesai UPSR iaitu sejak mula menjejakkan kaki keTingkatan Satu. Itu bagi mereka yang berprestasi baik dalam akademik. Bagaimana pula dengan mereka yang gagal dalam peperiksaan? hanya lepasan darjah enam, PMR atau SPM sahaja?

Kadang kala terdapat sebahagian pelajar apabila sebaik sahaja melangkah keluar dari alam persekolahan sudah tidak tahu menghormati ibubapa, tidak tahu menghargai guru iaitu dua golongan insan yang bertanggungjawab keatas perilaku dan pertumbuhan fizikal, jiwa dan mental mereka. Disinilah nilai-nilai "kemenjadian" keatas mereka harus difikirkan. Apakah kita harus mereka cipta satu instrumen atau mekanisma baru kerana kegagalan ini?

Apakah dengan ilmu dan bekalan yang sedikit itu boleh menampung kehidupan mereka ditengah arus mayarakat yang mencabar dan tanpa sempadan ini? Sana sini kita lihat aktiviti tidak sihat berleluasa berlaku dalam masyarakat kita seperti pelacuran, penagihan dadah, ragut, penderaan keatas kanak-kanak yang tidak berdosa, dan berbagai macam bentuk jenayah yang tidak terbayang dan tidak terduga oleh kita.

Agaknya apakah bentuk atau struktur masyarakat yang akan terjadi kepada jenerasi mendatang? Renung dan fikir-fikirkan lah..........

Mudah-mudahan golongan guru tidak akan jemu berdepan dengan "pancaroba" ini dan sentiasa bersemangat dalam mendidik anak bangsa.

No comments:

Post a Comment