Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

05 March 2010

SMAASZA CEMERLANG : MENGUNGGULI PERTANDINGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI TERENGGANU

Pengetua SMAASZA En Hashim bin Embong sedang menerima hadiah kemenangan Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul daripada Yang Teramat Mulia Tengku Seri Panglima Raja, Terengganu.

Tuan Pengetua sedang bergambar bersama guru dan pelajar yang memenangi pertandingan sempena hari Sambutan Maulidur Rasul

Pengetua bersama pelajar yang menjuarai pertandingan Pidato Maulidur Rasul, Saudari Che Engku Khairunnisa dan Mohd Naqiuddin (berkot hitam).

Pelajar SMAASZA, Ahmad Nazirul Zikri ketua kumpulan Perarakan Maludur Rasul sedang ditemu ramah oleh seorang wartawan

Pelajar SMAASZA segak bergaya sedang berarak.

Penolong Kanan HEM, Tn Hj Muhammad b Muda turut sama "turun padang" bersama pelajar.

Meriah.............serba hijau daripada pasukan SMAASZA

Pasukan Perarakan Maulidur Rasul dari SMAASZA yang muncul sebagi Johan dalam pertandingan Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.

Saudara Ahmad Naqiuddin b Kadir , selaku Johan pertandingan sedang menyampaikan Pidato yang dimenanginya dalam Pertandingan Pidato antara sekolah-sekolah negeri Terengganu sempena Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini. Tahniah.

Johan Pidato Bahgaian Perempuan dimenangi oleh Che Engku Khairunnisa bt Engku Razali. Kelihatan beliau sedang memperdengarkan semula pidatonya kepada warga SMAASZA semasa perhimpunan pagi. Tahniah.


Antara pelajar yang mendengar ucapan pidato daripada pelajar yang memenangi pertandingan Pidato sempena Hari Sambutan Maulidur Rasul.

Baru-baru ini diadakan beberapa pertandingan dikalangan pelajar sekolah di negeri Terengganu sempena menyambut hari kelahiran Nabi kita, Muhammad SAW. Antara yang dipertandingkan ialah, Perarakan Maulidur Rasul, Pertandingan Pidato Menengah Atas Lelaki dan Perempuan serta Penulisan Khat Peringkat Atas.

Alhamdulillah sekali lagi SMAASZA telah mencatat kecemerlangan dengan memenangi beberapa acara yang dipertandingkan itu.

Antaranya laiah Johan Pidato Lelaki dimenangi oleh Saudara Ahmad Naqiuddin b Kadir dari SMAASZA, Johan Pidato Perempuan juga dimenangi oleh pelajar SMAASZA iaitu Saudari Che Khairunnisa bt Che Engku Razali.

Manakala bahagian Penulisan Khat juga diungguli oleh pelajar SMAASZA dengan menjuari keseluruhan pertandingan itu. Tidak ketinggalan juga SMAASZA turut menjuarai pertandingan Perarakan Maulidur Rasul. Sekolah menerima hadiah sebanyak RM2000. Tahniah.

Tahniah kepada pelajar SMAASZA. Anda menjadi pelajar harapan. CEMERLANG KOKURIKULUM, CEMERLANG AKADEMIK dan CEMERLANG SAHSIAH hendaknya. Mudah-mudahan hasrat negara untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan akan berhasil.

Tahniah kepada PK Koko yang aktif dan gigih, Pn Zalina bt Hassan.

No comments:

Post a Comment