Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

23 August 2011

Awan Gemawan...



Awan

Udara yang mengandungi wap air akan memelowap menghasilkan titik-titik air, akan membentuk awan. Udara yang panas mengandungi lenih banyak wap air akan lebih menyejat.

Awan terbentuk apabila udara yang panas itu naik tinggi hingga kepada lapisan denagn suhu yang rendah menyebabkan wap itu mencair. Apabila keadaan atmosfera adalah lembap, lama kelamaan udara menjadi semakin tepu dengan wap air.

Titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah menyebabkan titik-titik itu akan jatuh ke bumi sebagai hujan.

Bagi saya awan adalah satu fenomena. Ia adalah penghias langit. Tapi saya tak boleh tengok awan lama-lama. Kagum, pelik, takut dan entah apa-apa lagi. Ia akan menimbulkan satu perasaan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Dari dulu lagi saya memang suka mengambil gambar awan. Labih-lebih lagi jika ia kelihatan agak pelik dari biasa.

Awan mendung di langit yang kelabu.......syahdu.

Awan yang mendung dan kehitaman ini bergerak melindungi matahari dan awan yang memutih sehingga menimbulkan kilauan cahaya disebaliknya...

Hari yang ceria...kelihatan awan bertompok2.....sesekali seperti longgokan kapas, seolah buih-buih sabun....kadang tu macam kelihatan seperti telur putih yang dikepuk kencang ketika saya sedang membuat puding buih...hahahha. mood memasak datang lagi. Gambar ini diambil sewaktu saya pulang dari sekolah.

Di kejauhan kelihatan awan berkumpul, berlapis dan berlonggok, memecah sehingga menampakkan langit yang hanya diam membisu, masih setia dilindungi, datang dan pergi, silih berganti dengan rupa yang pelbagai.....Allahu Akbar!

Bagaimana awan lenyap?

Apabila titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan.

Berat titik-titik air dalam awan boleh mencapai beberapa juta tan namun biasanya saiz (isipadu) awan adalah amat besar, jadi ketumpatan awan sebenarnya adalah cukup rendah untuk membolehkan angin di bawah dan di dalam awan menyokongnya.

Hujan yang turun akan membasahi bumi dan menyegarkan tumbuh2an...alangkah indahnya ciptaan Ilahi.

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

No comments:

Post a Comment