Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

01 September 2011

Menjelang raya...terlalu banyak dosa hambaMU ini.

pasang pelita dimalam raya...

Sejak dari kecil lagi kami adik beradik diasuh dan diajar saling membantu dan bekerjasama dalam urusan rumahtangga. Oleh kerana saya anak sulung daripada 10 orang adik beradik, jadi semua kerja-kerja membersih dan mengemas terpikul di bahu saya bersama-sama beberapa orang adik-adik yang lain yang lebih besar. Menjelang malam raya kami membahagikan tugas antara kami untuk mempastikan rumah kami dalam keadaan kemas dan bersih. Mak dan ayah hanya membuat kerja-kerja di dapur sahaja.

Menunggu anak-anak pulang dari perantauan...

Teringat zaman kanak-kanak dan remaja dahulu. Jauh sangat berbeza dengan apa yang dialami oleh kanak-kanak dan remaja zaman sekarang. Masa saya kecil dulu seminggu sebelum raya selepas solat terawih kami berarak keliling kampung sambil membawa tanglung yang dipasang lilin didalamnya. Malah ada antara kami yang memasang lilin pada tempurung yang dianggap sebagai pelita. Sekarang hanya tinggal kenangan,,,,,

Dimalam yang sepi kadang-kadang saya terjaga dari tidur dan melihat mak sembahyang malam, dan berdoa dalam tangisan. saya kurang pasti apakah yang terkandung dalam hati mak pada masa itu...

Malam raya...anak-anak bekerjasama menyediakan juadah untuk pagi raya. Sedang menyiang daging dan ayam.

Hahahha, potong nenas, nak buat acar nasi beriani.

Yang lelaki pula tolong membersih umah. hmmm, lap cermin nampaknya.

hhhh...lenguh doh. Maklumlah kami tak pernah tempah, semuanya dimasak sendiri.
Mereka kata tahun depan nak rileks, kena tempah lah juadah raya. Nanti kita tengok macam mana?

Yang dua orang ni sedang membersih kawasan rumah....semuanya rajin-rajin belaka. Nak upah orang juga ke tahun depan? hmmmm.


Lap jangan tak lap....


Membeli barang-barang untuk dimasak. Seawal 7 pagi dah sesak. Tak menang tangan makcik yang jual sayur ni....kalau pukul 10 pagi sesak lagi lah jawabnya.

Bunga-bunga ku perlu dibelai..,nanti makin lebat berbunga.

Kucing pun hairan melihat gelagat manusia... nenas RM3 sebiji.

Penuh dah bonet kereta

Sibuk dan penat...

Laksa RM4 sekilo

Daging RM20 sekilo..


Dalam pada kita sibuk menyediakan juadah hari raya disamping pelbagai persiapan yang lain, hendaklah kita lebih mengutamakan ibadah kita terhadap Yang Maha Kuasa, Allah SWT, yang memberi kita segala nikmat dan rahmat didunia ini.

بسم الله الرحمن الرحيم

عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه ، أن رسول الله صلّى الله عليه وسلّم قَالَ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَاْلأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ

Dari ‘Ubadah bin Shamit radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang melaksanakan shalat (pada) malam (hari raya) ‘Idhul Fithr dan ‘Idhul Adha, maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati (manusia).”

Yang dimaksudkan hati yang mati iaitu:

1) Hati yang tidak atau susah handak melaksanakan ajaran Islam (ibadah, syariat, iman dll)

Tapi apa yang dibahaskan oleh ulama secara terperinci lagi bekenaan hati yang mati ialah (ringkasan):

1) Hatinya mati iaitu : semasa Sakaratul maut seseorang itu tidak dapat mengucap, lebih teruk lagi apabila ia terpedaya dengan Syaitan dengan menafikan Lailahaillah.

2) Seseorang itu tidak dapat menjawab soalan Malaikat di Alam Barzakh.
- Tidak seperti Syaidina Umar r.a. Beliau dapat mengajukan balik soalan kepada malaikat yang bertanyakan dia semasa di alam barzakh. (ada sahabat nabi yang mendapat mimpi tersebut).

3) Semasa di hisab oleh Allah di akhirat kelak, seseorang itu akan terkedu dan membisu tidak berkata apa-apa dan berbuata apa-apa apabila disoal oleh Allah s.w.t.

Subhanallah! Terlalu banyak dosa hambaMU ini.
SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DENGAN GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERSIFAT SYAITAN .... nauzubillah.

No comments:

Post a Comment