Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

28 December 2011

Penyakit sambil lewa. . . .

Berniaga kecil-kecilan dari warung tepi jalan hingga ke kedai makan yang lebih besar, satu permulaan yg baik.


Bermula dengan berjualan di warung di tepi jalan, membuka kedai makan di kampung dan akhirnya berjaya membuka sebuah restoran yang besar, bertaraf antarabangsa merupakan satu kejayaan yang cemerlang.

Sambil lewa, main-main, hendak tak hendak, berlengah-lengah, pandang ringan. tidak serius apabila dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah sikap orang yang tidak berdaya maju. Semestinya mereka tidak mampu untuk bersaing dalam apa jua perkara dan apa jua bidang yang diceburi.

Asal siap, asal ada, asal hadir, asal masuk, asal menyertai, asal cukup adalah beberapa contoh sikap negatif yang masih menebal tanpa kita sedari. Untuk mencapai sesuatu matlamat, target seharusnya tinggi, reasonable, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sikap ala kadar, tidak bersungguh-sungguh akan mengundang kegagalan.

Dunia sekarang penuh dengan persaingan, walau dalam apa jua perkara dan apa jua bidang sekalipun. Jadi hendak tak hendak. kita perlu ada vaksin untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik serta dapat memuaskan hati diri kita sendiri.

Sektor swasta contohnya, untuk melonjak sesuatu kejayaan, pengalaman dan kemahiran yang diambil kira tanpa melihat sijil. Budaya kerja yang kreatif dan inovatif amat lah didamba untuk menjana kecemerlangan sesebuah organisasi. Bos-bos di pejabat swasta terutama berbangsa cina sangat berdaya saing dalam mencapai sesuatu hasil kerja yang berdaya maju dan berprestij.

Begitu juga dengan pelajar masa kini. Tuntutan yang pelbagai bentuk semakin hari semakin mendesak. Oleh itu mereka seharusnya mempersiapkan diri, cemerlangkan pencapaian peribadi, tingkatkan budaya kerja, ada jati diri, tanamkan budaya persaingan yang sihat. Seperti contoh, orang India telah bertekad akan melahirkan zuriat sekurang-kurang nya seorang daripda ahli kelurganya termasuk didalam kumpulan sehingga ke peringkat profesional.
Rezeki secupak tidak akan jadi segantang, boleh juga ditukar kepada rezeki secupak , insyaallah akan jadi segantang malah 10 gantang. Namun konsep rezeki ini harus diingat bahawa ia tetap datang dari Allah yang menentukan mengikut kehendakNYA kepada hambaNYA.

Konsep tawakkal dan berserah seharusnya bermula dengan cita-cita. Sesungguhnya Tuhan tidak akan menzalimi hambaNYA melainkan umatNYA sendiri yang menzalimi diri sendiri.
Jangan takut untuk gagal. Berjuang untuk mencapai kejayaan demi kemajuan diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan tanah air adalah jua suatu ibadah. Wallahualam.

1 comment:

  1. Best Casinos & Slot Machines Near Atlanta, GA
    Discover the best casinos & 수원 출장안마 slot machines 고양 출장마사지 in Atlanta, GA with MapYRO. 광주광역 출장안마 Browse through 3000 slot machines, 60+ slot machines 제천 출장마사지 & 20 table games near 공주 출장샵 Atlanta, GA.

    ReplyDelete