Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

19 November 2009

KEPUTUSAN UPSR DAH KELUAR.................

TAHNIAH KEPADA WARGA PENDIDIK NEGERI TERENGGANU KHUSUSNYA YANG TELAH MELAHIRKAN RAMAI PELAJAR CEMERLANG 5A UPSR 2009























Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera.............


Tahniah kepada anak-anak pelajar yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR yang baru saja diumumkan.
Nampaknya setiap tahun keputusan peperiksaan yang ditunjukkan semakin meningkat dan memberi impak yang sangat besar kepada golongan insan yang bergelar guru.

Anak-anak ini akan terus berjuang untuk menduduki epperiksaan yang seterusnya diperingkat yang lebih tinggi. Adalah diharapkan mereka juga akan mempunyai kualiti jati diri yang tinggi disamping sahsiah dan akhlak yang cemerlang juga.

RENUNGAN KEPADA IBU BAPA:
Anda akan berasa kecewa jika anda dapati anak-anak anda tidak mencapai kecemerlanagn dalam pendidikan di sekolah seperti yang anda harapkan.......dan untuk itu anda kan berhabisan dengan segala daya upaya dalam memastikan anak-anak mendapat kemerlangan dalam bidang akademik yang dikatakan sebagai menjamin masa depan mereka.

TAPI...
Adakah anda berasa begitu, jika anak-anak anda tidak tahu mengaji Quran, tidak khatam Quran,tidak belajar fardhu ain dan mengamalkan nya. Adakah anda model terbaik untuk anda mengemudi anak-anak untuk menjalani kehidupan yang sangat mencabar dan penuh dengan gelodak ini. Adakah anda juga akan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar anak anda akan cemerlang dalam pendidikan akhirat juga sebagaimana cemerlang dalam pendidikan duniawi?

JIKA....
...semua ibu bapa berjaya mengimbangkan pendidikan dunia dan akhirat kepada anak-anak, InsyaAllah negara kita dapat melahirkan generasi yang berakhlak, berilmu, beriman dan beramal soleh.

MAKA...






No comments:

Post a Comment