Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

19 November 2009

Nasi Kunyit Norish Muss

Makanan tradisional kesukaan saya.....mesti buat 2 atau 3 minggu sekali.


hmmmm....harum baunya bila diserikan dengan aroma daun pandan. menyelerakan.


Ni lauk gulai ikan tongkol. Sedap dimakan dengan nasi dagang. Tapi saya sesekali makan dengan nasi kunyit jugak.
Tapi disini saya sertakan lauk rendang ayam simple untuk dimakan bersama nasi kunyit. Boleh dihidang pada hari raya juga.


Ulam yang paling saya gemari bila makan nasi kunyit. Buah tembikai dan timun.

MENU KU:

Sesekali makan makanan tradisional enak juga kan.
Puas makan aneka pasta, spageti, steak, aneka puding....... lama tak sedar pelbagai penyakit bersarang. Nasi kunyit tinggi sangat kalorinya. Bagi yang ada penyakit kencing manis kena hati2. Jangan makan selalu.

Hari ni apa kata kalau kita cuba masak nasi kunyit pulak , rendang ayam simple. Ha, ha. ha.

NASI KUNYIT:

1. 1 kilo beras pulut
2. 2 sudu besar serbuk kunyit.
3. Air secukup nya untuk merendam beras.
4. 1 cawan santan pekat
5. 2 sudu besar gula
6. 2 sudu kecil garam halus.

CARA:

1. Rendam beras pulut bersama air , serbuk kunyit dan beras pulut
selama 1 hingga 2 jam)

2. Jerang air dalam periuk pengukus
3. Bila mendididih masukkan beras kedalam periuk dan kukus beras
pulut tadi selama 15 minit
4. Angkat dan balik2kan beras dengan sedikit air sampai rata
5. Ulangi proses kukus tadi untuk kali /kedua.
6. Bila dah masak angkat dan masukkan kedalam satu bekas lain.
7. Gaulkan dengan santan, gula dan sedikit garam sampai rata.
8. Hidangkan.

Rendang Ayam simple

1. 1 ekur ayam
2. 10 ulas bawang merah*
3. 2 inci halia*
4. 3 ulas bawang putih*
5. 3 sudu besar cili boh
6. 2 keping asam gelugur
7. 1 paket kecil sudu besar rempah kari ayam ADABI
8. Sedikit garam, gula, secukup rasa
9. 1/2 sudu kecil Ajinomoto(jika suka)
9. Sedikit minyak untuk menumis
10. 1 mangkuk Santan
11. Sedikit daun kunyit

12. Timun untuk di buat ulam.


CARA:

1. Semua bahan* di atas ditumbuk halus
2. Satukan semua bahan tersebut dan tumis dalam minyak yg panas.
3. Kacau rata, bila wangi masukkan ayam yg dipotong ikut suka saiz nya.
4. Masukkan sedikit air, dan bila yam hampir empuk masukkan santan,
dan semua bahan lain2 lain.
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit.
5. Kacau rata dan masaklah sehingga masak.

hoooooo, dah siap. Ia boleh dibuat juadah untuk majlis hari jadi anak-anak anda. Sesekali kena tukar dengn kek. Makanan tradisional patut diketengahkan dikalangan anak2.

Anda boleh bentukkan nasi kunyit ini seperti kek 2 tingkat.
Letak dalam pinggan yang besar. Disekelilinya letaklah rendang ayam tadi. BEST!

Boleh ditambah lauk nya dengan hirisan telur dadar dan kepingan telur rebus. Cuba lah!!!
RENUNGAN:

"Sekali air bah, sekali pantai berubah.........begitu lah dgn dunia yang fana ini dan segala makhluk penghuninya....ihat anak2 zaman sekarang! Dunia mereka penuh pancaroba, kalau tak banyak dibekalkan dgn ilmu yang BENAR , iman yg KENTAL...akan kecundang lah mereka untuk menjadi INSAN.

1 comment:

  1. bestnyeee..nok jgok..

    bg le resepi bubur pulut hitam dgn detailnye..hehe

    ReplyDelete