Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

25 December 2009

Kadar Bayaran Tambahan Sesi Persekolahan 2010 Diseragam

1MALAYSIA !!


 

[Thursday, December 24, 2009 | 0 comments ]

Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan kepada:

  • RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan
  • RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.

    Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.

    Pecahan Bayaran

    Bagi sekolah rendah ialah :


     

  • untuk kokurikulum, (RM3)
  • kertas ujian dalaman (RM6),
  • sukan tahunan sekolah (RM6),
  • kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6)
  • Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan
  • Insurans Takaful (RM1.50).

    Bagi sekolah menengah pula,

  • bayaran kokurikulum RM6,
  • kertas ujian dalaman (RM10),
  • sukan tahunan sekolah (RM6),
  • kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6),
  • MSSM (RM4) dan
  • Insurans Takaful (RM1.50).

    "Secara keseluruhan, kadar bayaran tambahan untuk persekolahan tahun depan lebih rendah berbanding tahun ini. Bayaran tambahan ini pada kadar minimum supaya tidak bebankan ibu bapa.

    "Ia adalah untuk pelaksanaan aktiviti pembangunan pelajar dan dikutip pada awal sesi persekolahan dibuka nanti," katanya ketika dihubungi semalam.

    Bagaimanapun, Alimuddin berkata, sebarang bayaran tambahan lain bergantung kepada persetujuan pihak sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) berdasarkan keperluan aktiviti murid di sekolah masing-masing dengan mengambil kira latar belakang ekonomi ibu bapa mereka.

    "Apabila kadarnya dipersetujui bersama pihak sekolah dan PIBG, ia perlu dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing," katanya.

    Bagaimanapun, pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip sumbangan PIBG berdasarkan satu keluarga satu bayaran tanpa mengambil kira bilangan anak di sekolah yang sama.

    Sebelum ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan tiga pakej bayaran tambahan iaitu Pakej

    untuk sekolah rendah,

  • A RM38.50,
  • B (RM30.50) dan
  • C (RM23.50)


     

    untuk sekolah menengah pula,

    • Pakej A (RM55.50),
    • B (RM44.50) dan
    • C (RM33.50).

    Keterangan Pakej:

    1. Pakej A bagi ibu bapa yang bekerja dalam bidang profesional seperti usahawan dan pegawai tinggi kerajaan,

    2. Pakej B untuk pegawai kerajaan kumpulan sokongan dan profesional serta

    3. Pakej C untuk petani, peladang, kakitangan kerajaan dan pekerja bawahan.

    Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pihaknya dihubungi ramai ibu bapa yang menyuarakan kegelisahan kerana belum mendapat maklumat berhubung bayaran tambahan yang akan dikenakan pada sesi persekolahan tahun depan.

    (Sumber: BHarian
    - 24/12/2009 - 16:01pm)


 

No comments:

Post a Comment