Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

25 December 2009

TERENGGANU MENCATAT REKOD TERBAIK DALAM PENCAPAIAN PMR 2009.


TERENGGANU MENCATAT REKOD TERBAIK DALAM PENCAPAIAN PMR 2009.
Terengganu mencatatkan keputusan PMR tertinggi dengan pencapaian nilai gred purata negeri (GPN) 2.60 mengatasi gred purata nasional 2.78. Pengarah Pelajaran negeri, Ariffin Embong berkata, kesemua 22,954 calon PMR yang menduduki peperiksaan itu pada tahun ini berjaya melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat, tahun depan.

Pencapaian minimum D meningkat sebanyak 1% daripada 62.4% tahun 2008 kepada 63.4%. Pencapaian A dalam semua matapelajaran bagi tahun 2009 tidak berubah berbanding 2008 iaitu 7.1%.

Senarai 10 sekolah terbaik Terengganu yang mencapai kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan PMR 2009 ;

  1. SM Imtiaz Besut, Besut Terengganu
  2. SM Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu
  3. SM Imtiaz, Kuala Berang , Terengganu
  4. SMK Mat Lagam, Kemaman, Terengganu
  5. SM Imtiaz Kuala Terengganu (KOSPINT)
  6. SM Sains Dungun, Dungun Terengganu
  7. SM Imtiaz Dungun, Dungun Terengganu
  8. SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
  9. SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu
  10. SMKA Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu.

Syabas kepada semua warga pendidik negeri Terengganu yang bertungkus lumus mendidik dan membimbing pelajar mencapai kecemerlangan dalam PMR 2009.

Tahniah kepada pelajar yang telah menyumbangkan "straight A" dalam PMR 2009 sehingga dapat menaikkan imej negeri Terengganu dalam dunia pendidikan khususnya.

Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun yang berikutnya.

Diharapkan anda akan menjadi insan yang cemerlang dengan sahsiah yang terpuji demi memartabatkan modal insan untuk meralisasikan wawasan Negara kita.

No comments:

Post a Comment