Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

29 December 2009

Nilai-Nilai Keguruan

Guru-guru SMAASZA sedang beramah mesra dengan ibu bapa
pelajar

Rajin, bertanggungjawab dan prihatin.....itulah pelajar SMAASZA

Tolong cikgu lagi....ringan tulang, sedia membantu.

Guru Penyayang.........Ustz Wan Mailan dan Ustz Zawiyah senang didamping murind-muridnya. Sentiasa ceria, happy dan senyum sokmo.

6 Sifat dan Kualiti Peribadi Seorang Guru

Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, prefesional dan sosial yang baik dan murni.

6 Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:

1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.

Sekian terima kasih.

1 comment:

  1. selamat berkarya.
    input yang menarik dan pelbagai.

    ReplyDelete