Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

31 January 2010

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 2010

Pelajar senior sibuk membuat persiapan untuk menyambut kedatangan adik-adik baru.

Kelihatan cikgu Noryasmin dan ustz Norashidah tersenyum gembira sambil menunggu untuk urusan pendaftaran di dalam dewan

Sejak awal pagi lagi Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar , Tn Hj Mohammad b Muda tak sabar menunggu kedatangan pelajar baru bersama ibu bapa, semangat sokmo!...

Riang........akan mula merasai kehidupan di asrama. Jangan homesick dah ler.


Para ibu bapa sedang mendaftar anak-anak untuk kemasukan ke ting 1 sesi 2010.

Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 SMAASZA telah berlangsung pada 13hb Januari yang lalu.
Seperti kebanyakan sekolah berasrama dimana pelajar-pelajarnya adalah terpilih dari kalangan yang mendapat 5A dalam UPSR, pengambilan mereka agak terlewat sedikit berbanding dengan sekolah-sekolah harian biasa.

Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 SMAAZA sesi tahun 2010 berjalan dengan lancar. Seramai 150 orang pelajar baru telah berjaya mendaftar berbanding dengan hampir 1000 pelajar yang memohon disebabkan tempat yang sangat terhad.

Harapan kami guru-guru agar semua pelajar senior SMAASZA dapat memberi contoh terbaik kepada adik-adik pelajar yang baru ini dengan suasana kehidupan baru di asrama.

Semoga SMAASZA cemerlang Sahsiah, Akademik dan Kokurikulum.

No comments:

Post a Comment