Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

13 February 2010

LARIAN DISIPLIN SMAASZA

Ahhhh, letih nya, air, air, air, airrrrrrrrr......
Ini Ustazah Tuan Norhaida dan Cikgu Rohani, semangat sungguh.

Yang pegang tiang sebelah kiri tu Penolong Kanan Akademik, Pn Hajah Rakiah.

Sebelum lari, kena warming up dulu.

Puteri-putri SMAASZA sedang bersiap sedia.......

Tuan Pengetua, En Hashim Embong sedang menyampaikan hadiah kepada seorang pemenang.

Sedang khushuk mendengar ucapan penutup.

Baru-baru ini Unit Kokurikulum SMAASZA dengan kerjasama Unit Disiplin Sekolah telah mengadakan Larian (Cross-country) untuk pelajar-pelajar sesi 2010. Agak meriah suasana melihat gelagat pelajar untuk menamatkan larian masing-masing.

Pelajar dikategorikan kepada beberapa bahagian, Menengah Atas lelaki dan perempuan, Menengah Bawah lelaki dan perempuan dan mereka mewakili rumah sukan masing-masing, iaitu Merah, Hijau, Biru dan Kuning.

Guru-guru pula ditugaskan mengawasi pelajar pada tempat-tempat check-point tertentu dan memastikan pelajar selamat tiba ke garisan penamat.

Pelajar yang tidak dapat menyertai larian tersebut kerana sebab-sebab tertentu seperti mempunyai masalah kesihatan diberi tugas masing-masing samaada dilokasi check point di luar kawasan sekolah atau didalam kawasan sekolah.

Johan keseluruhan bagi semua kategori disandang oleh Rumah Hijau, Naib Johan Bersama dirangkul oleh Rumah kuning dan Merah, manakala Tempat Keempat jatuh kepada Rumah Biru.

Penyampaian hadiah pada petang tersebut diserikan dengan kehadiran daripada wakil Pegawai dari JPNT iaitu En Jaafar bin Mohamad.

No comments:

Post a Comment