Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

04 March 2010

CUTI 1 MALAYSIA

Ini anak rakan saya Pn Norhasnah yang melangsungkan perkahwinan anaknya Fatimah Nordiana bersama pasangannya Roslan. Baru nak start makan...tu he, he, he...lapar dah.

Cuti hari Tahun Baru Cina baru-baru ini lebih kurang 1 minggu lamanya. Apa lagi, kebanyakan warga kota mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing. Dah lah begitu ramai pulak yang melangsungkan pertunangan, mengadakan jamuan kenduri perkahwinan, yang dapat baby baru pulak mengadakan majlis akikah dan sebagainya, malah ada yang buat jamuan naik rumah baru. Semuanya sempena Cuti Tahun Baru Cina. Meriah sungguh. Sana sini terdapat majlis jamuan, terutama sekali majlis perkahwinan.


Ini satu lagi majlis yang sempat saya hadiri, iatu majlis pertunangan anak seorang kawan iaitu Pn Mardhiah (baju hijau dengan anak-anak). Kelihatan dalam gambar bakal pengantin iaitu Zahid (baju hitam bersama tunangnya Norhayati (baju pink). Norhayati ni bekas pelajar saya rupanya. Cepat sungguh masa berlalu.

Meriah, kemeriahan nya bukan sambut Tahun Baru Cina sangat pun , walau ada anrata kita yang sama-sama berkunjung ke rumah teman yang berbangsa cina, tapi kemeriahan menggunakan masa yang ada dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga dan sahabat handai. Ada juga yang mengambil peluang bercuti bersama keluarga ke tempat-tempat menarik di dalam negara dan juga ke negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Indonesia.

Dalam konteks 1 Malaysia boleh lah dikatakan semua warga menghabiskan masa cuti bersama-sama tidak kira apa bangsa sekali pun. Semua meraikan nya. Begitu juga dengan Cuti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha, boleh dikatakan semua kaum sejak awal lagi telah merancang untuk menggunakan masa cuti sempena perayaan itu dengan sebaik-baiknya, terutama bersama keluarga.

He, he, he, "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Boleh anda kaitkan dengan konteks 1 Malaysia?.....Fikirkan!!!

No comments:

Post a Comment