Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

17 May 2010

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI GURU SMAASZA 2010

By Norish Muss

Riang ria hari guru 2010.....meriah! terima kasih badan pengawas yg uruskan segala-galanya....

Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut meriah. Ia bermula dengan perarakan guru-guru dengan bunga manggar dan paluan kompang dari depan Dataran Ilmu SMAASZA , terus masuk ke Dewan Fikri SMAASZA. Tuan Pengetuan En Hasihm Embong telah memotong reben perasmian Hari Guru Tahun 2010. Antara ucapan telah disampaikan dalam perhimpunan tersebut ialah ucapan daripada, wakil pelajar, wakil guru, Penolong Kanan 1 dan Tuan Pengetua, termasuk membaca perutusan Hari Guru daripada Pengarah Pendidikan Malaysia, Tn Hj Alimuddin Mohd Dom.

Guru- guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Negaraku serta membaca ikrar untuk menjadi guru yang terbaik, cemerlang dan gemilang. Beberapa kumpulan pelajar telah mengadakan persembahan Nasyid dan Sajak.

Beberapa acara sukan dan sukaneka diadakan serentak, antara nya ialah tarik tali, bola sepak, memancing, bowling kelapa, rebut kerusi, kupas bawang, gubahan hantaran, bermain congkak, dakapan kasih, baling bola dalam baldi. Acara-acara yang diadakan dipelbagai lokasi itu dijayakan oleh pelajar dan juga guru-guru. Sungguh meriah dan mesra sekali. Semua acara yang berlangsung adalah antara guru dan pelajar.

Pelajar juga telah menunjukkan kreativiti kelas masing-masing dengan membina kad-kad ucapan yang sungguh cantik, bervisi dan kreatif. Terima kasih kepada pelajar dengan komitmen dan bakat yang ditunjukkan. Kami guru-guru sangat berbangga dengan usaha dan kesungguhan mereka yang terlibat.

Sesungguhnya aktiviti ini dapat menjalin hubungan siratulrahim antara guru dan pelajar yang telah sedia terjalin dan sekaligus dapat merapatkan jurang antara guru dan pelajar bagi kebaikan bersama.

No comments:

Post a Comment