Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

11 April 2011

Anak Murid Ku Yang Bertuah

Mereka adalah pelajar SPM 2010. Sedang menyiapkan jamuan keraian atas kejayaan mereka untuk guru-guru. Terima kasih semua. Mereka tetap senyum dan sabar, walau pun pelbagai dugaan yang mereka tempuhi, hehehhe. Tapi akhirnya mereka berjaya juga. Begitu lah, adatnya. Kejayaan perlukan pengorbanan. Pahit maung, suka duka dalam menuntut ilmu sebagai pelajar akan menjadi kenangan paling berharga. Kenangan di alam persekolahan sudah pasti menjadi nostalgia dalam kehidupan nanti.

Semua gembira dengan keputusan peperiksaan yang diumumkan baru-baru ini. Tahniah. SMAASZA telah menduduki ranking ke 3 dalam negeri Terengganu SPM 2011. Terima kasih kerana anda (134 pelajar SPM 2010) telah menggemilangkan nama sekolah.




Ceria.....Selamat menyambung pelajaran di Universiti. Usaha anda berbaloi. Semoga cemerlang walau di mana anda berada.

Hahhaa.....ini sepasang pelajar yang telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka pada 2hb Aprul yang lalu, Selamat Pengantin Baru UBAI dan AISYAH. Semoga berbahagia dan sentiasa mendapat RahmatNYA dalam menjalani kehidupan.

Bergambar kenangan dengan Aisyah yang ramah tamah. Teringat pada suatu Ramadhan, Aisyah telah membahagi2kan puding untuk cikgu2. Terima kasih dengan puding tu ye. lain kali bawa lah lagi. Harap-harap dapat menghabiskan pelajaran di sana dengan cemerlang dan menjadi isteri solehah.
Cantik cenderahati mangkuk puding tu. Tc dapat 2 biji, ada 4 lagi tak? hehehhee, boleh buat untuk hidangan sekeluarga kat rumah. hahahahahha...gurau jer.


Tahun demi tahun pelajar yang menjadi anak murid ku silih berganti...tak terhitung sejak 30 tahun yang lalu. Dalam usia yang menginjak senja dan menghampiri malam ini terasa begitu banyak sekali yang aku terlepas pandang dalam mendidik mereka. Amanah yang sangat besar bagi seorang pendidik yang perlu dipikul.
Betapa banyak "hutang" yang belum dilangsaikan. Ya, Allah kau berkati lah perjalanan anak-anak murid kami dalam menempuh maya pada ini , selagi mereka masih dalam pencarian...

No comments:

Post a Comment