Kueh berbuka saya hari ini ialah Roti gulung Sosej. Rasanya lama benar tak masak kueh ni.
Sesekali tukar selera ada baiknya. Asalkan tidak mrmbazir dan mrncukupi sahaja.

10 pcs sosej

Sosej digoreng sampai kekuningan.

Sosej yang telah siap digoreng

Hah ini dia bahan utama nak buat roti gulung sosej

10 keping roti high fiber

2 biji telur dipukul

Ambil sekeping roti dan letakkan 1 batang sosej dan gulung kemas-kemas.

Celupkan roti tadi ke dalam telur supaya gulungan itu tidak terbuka.

..........siap dicelup telur

Mula menggoreng.

Nah, dah siap digoreng dan bubuh ke dalam satu bekas.


Potong roti gulung ini kepada 2 bahagian secara menyerung.

Bolehlah dihias mengikut kreativiti masing-masing, dan boleh lah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment