Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

19 August 2011

Berbuka dengan lontong Norish Muss

Satu hidangan lengkap lontong, nasi impit, sayur lodeh, sambal bawang bilis pedas dan telur rebus.

Hari ni saya ada Kem Akademi PMR yang diadakan di Seri malaysia, Marang bagi Slot Matematik bermula pukul 10.30 pagi hingga pukul 5.15 petang. Fikir-fikir menu berbuka puasa apa yang patut dihidangkan dengan cepat supaya sempat berbuka pada waktunya petang nanti. Terus menelefon anak saya Nadia supaya merebus nasi impit, balik karang cuma masak kuah dan sambal nya saja.. Suka nak share di sini resepi lontong yang selalu saya buat dan menjadi kegemaran anak-anak. Jom ke dapur bersama saya!


Kuah lontong - sayur lodeh

Bahan2 : untuk 30 biji ketupat mini.
1 mangkuk besar santan kedua
10 ulas bawang merah ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk
3 batang serai diketuk
1 sudu besar udang kering dikisar
10 batang kacang panjang dipotong
1 batang karot dipotong
sebungkus suhun yg bercampur dengan pucuk dan cendawan
bunga kobis (ikut suka banyak mana)
1 keping tempe dipotong2
1 keping gelugur
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam, gula, dan serbuk (perasa jika) suka secukupnya.
(anda boleh pilih sayur anda sendiri jika tal suka sayuran yang di atas.)

Cara:
Masukkan santan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan semua bahan2 tadi ke dalam periuk dan didihkan sehingga masak.

Sambal bawang bilis pedas
Bahan :
1 mangkuk kecil bawang merah kisar
1 mangkuk kecil cili boh
1/4 kilo bilis yang kecil
3 sudu besar gula
1 sudu kecil asam jawa
(garam mungkin tak perlu sebab bilis dah sedia masin)
Minyak untuk menumis.
sedkit serbuk perasa.
1 biji bawang besar dimayang.

Cara:
Tumis bawang merah dan cili boh sehingga wangi dan naik baunya. Masukkan bilis dan semua bahan-bahan lain. Jika terlalu kering masukkan sedikit air dan masaklah sehingga sehingga selesai. (bilis boleh juga diganti dengan udang)


Nah, ini nasi impit yang telah siap direbus dan dipotong dua.






Telur direbus dan dibelah dua.



Lontong siap untuk dimakan berbuka puasa nanti. Saya suka minum air jus delima dan buah kurma sebagai iringan menu ini. Siap. Kira makan nasi lah juga kan? sama seperti nasi dengan lauk2nya. Selamat berbuka puasa dan bersahur untuk hari ini dan esuk. wassalam.

1 comment: