Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

21 August 2011

Kelebihan Study Group

Setiap orang pelajar atau individu mempunyai gaya tersendiri apabila belajar, lebih-lebih lagi apabila belajar di luar waktu pembelajaran daripada dalam kelas.

Walau apa pun, teknik belajar berkesan adalah penting dan perlu dirasionalkan kepada pelajar untuk menolong mereka mengatasi masalah pembelajaran supaya pembelajaran mereka menjadi lebih berkesan... Salah satu cara belajar yang berksan ialah belajar secara berkumpulan atau disebut Study Group.


Apabila kita mengajar atau memberitahu orang lain tentang sesuatu ilmu atau konsep dengan tidak secara langsung proses peningkatan daya ingatan dan kemahiran berlaku kerana idea itu keluar secara berulangkali semasa perbincangan. Unsur-unsur ini terdapat apabila kita belajar secara berkumpulan.

Sebaik-baiknya bilangan ahli dalam satu kumpulan untuk study group ialah 4 hingga 5 orang dan salah seorang daripada mereka bertindak sebagai ketua. Ketua seharusnya mempunyai personaliti yang baik dan dipercayai rakan yang boleh mengendalikan kumpulan dengan baik. Semua ahli hendaklah mematuhi arahan ketua.

Sebolehnya pilih tarikh dan tempat dan tajuk yang dipersetujui bersama oleh ahli kumpulan. Apabila sesi perbincang berjalan , isi kandungannya nya hendaklah dicatat oleh seorang pencatat yang juga dilantik dikalangan mereka.


Semasa perbincangan ahli kumpulan perlu menyediakan alatan dan sumber yang mencukupi sesuai dengan mata pelajaran yang dipilih. Sebaik-baik nya semua ahli duduk secara berhadapan dengan ahli kumpulan lain supaya interaksi antara ahli dapat didengar dan difahami dengan lebih jelas. Anda digalakkan juga duduk dalam bentuk bulatan.


Pemantauan daripada guru mata pelajaran sangat penting untuk memastikan program berjalan dengan lebih berkesan dan mencapai objektif. Kehadiran guru semasa sesi perbincangan akan memberi keyakinan dan motivasi untuk lebih bersungguh-sungguh menghadapi pelajaran.

Hasil daripada sumbangsaran daripada ahli-ahli akan lebih banyak dapat mengumpul maklumat dan isi-isi penting tentang apa yang dibincangkan.

Pelajar-pelajar dapat menjimatkan masa belajar mereka kerana dalam satu sesi pembelajaran dalam bentuk perbincangan akan menghasilkan banyak idea yang tercetus daripada rakan-rakan dalam kumpulan.

Pembelajaran secara berkumpulan juga akan lebih meningkatkan minat pelajar dan menjadikan suasana pembelajaran lebih efektif. Bertukar-tukar buku atau sebarang sumber boleh menjimatkan bahan pembelajaran dan menambah koleksi yang boleh dijadikan nota-nota penting.

Rasa malas belajar dapat dikurangkan kerana setiap individu seharusnya menyediakan point-point penting untuk diketengahkan di dalam sesi pembelaran nanti. Persediaan setiap individu ini akan menjadikan mereka lebih teruja apabila berada di dalam kumpulan.

Tolong menolong, berkerjasama dan saling membantu dapat dipupuk antara rakan sebaya. Ini akan mengeratkan hubungan siratulrahim dan ukhuwwah dikalangan mereka.

Apabila menghadapi sesuatu subjek yang sukar sekurang-kurangnya dapat mengelakkan rasa bosan dan jemu. Jika masalah ini ditemui semasa belajar berseorangan kemungkinan masalah kesukaran tersebut tidak diatasi, hasil daripada perbincangan tersebut.

Study group juga boleh membantu pelajar dan dengan secara tidak langsung dapat meningkatan kefahaman sesuatu konsep, memperkukuhkan daya ingatan terhadap kandungan isi pelajaran.

Kesopanan dan batas susila perlu dijaga dengan baik, lebih-lebih lagi jika terdapat ahli kumpulan yang berlainan jantina. Tapi jika dapat dielakkan, lebih baik hanya satu jantina sahaja berada dalam kumpulan yang sama.


Secara umumnya boleh dikatakan belajar kumpulan adalah lebih baik daripada belajar bersendirian dan banyak manfaatnya apabila dilaksanakan dengan mengikut peraturannya, berdisiplin, bersungguh-sungguh dan penuh berhikmah dan tidak membuang masa dengan membincangkan hal-hal lain....wallua'lam.
Pelajar-pelajar ku :
"Semoga anda memperoleh kejayaan yang cemerlang".




No comments:

Post a Comment