Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

21 August 2011

Yum, yum, yummy....

Hari ini balik awal. Pukul 3.00pm dah tercongok kat rumah. Jadi saya mula masuk dapur....memang hobi saya memasak. Juadah berbuka saya hari ini ialah nasi lauk ikan merah masak asam pedas. uhmmmmphhhh, sotong goreng oat rangup dan puding kastad kismis sebagai pencuci mulut, ayuh, mari kita mulakan.

Resepi Masak asam pedas ikan merah (2 keping)

3 ulas bawang putih, 10 ulas bawang merah, 2 inci halia, semuanya ditumbuk , 3 sudu besar cili boh, 3 tangkai daun kesum, 1biji bunga kantan, 2 batang serai diketuk, 2 keping asam gelugor, 1 biji tomato dipotong, 1 biji timun dipotong, garam gula dan serbuk perasa secukup rasa dan sedikit minyak untuk menumis.

Cara:
Tumis bahan tumbuk dan cili boh dan masukkan ikan. Biarkan mendidih.

Sambil tu masukkan daun kesum, serai, dan bunga kantan. Masukkan garam, gula, asam keping, garam, gula dan perasa.

Seterusnya masukkan buah tomato, timun dan lada merah yang dibelah. Biarkan mendidih hingga masak. Nah siap dihidang untuk dimakan.

Ha , ini lah dia sotong goreng oat rangup

Bahan-bahan:

1/2 kilo sotong sederhana besar dipotong panjang datau bulat2, semangkuk oat, 5 sudu rempah goreng ayam adabi, 3 sudu kecil serbuk lada hitam, sedikit gandum 2 biji telur, garam, gula dan perasa secukupnya.

Pecahkan telur dan gaul semua bahan2 diatas tadi dengan sotong yang telah dipotong.

Celup sotong tadi ke dalam mangkuk yang berisi oat.

Sotong sedang digoreng...

Sotong goreng oat rangup

Ini lah rupa puding kastard kismis

Bahan :
1 cawan tepung kastard, 5 cawan air, 5 sudu gula, dan 2 biji telur kuning/
Cara:
Bubuh semua bahan dalam dalam peiuk , kacau rata sehingga pekat, dan masukkan ke dalam acuan. Warnanya akan bertukar kepada warna kuning yang terang

Ini Kuahnya puding.
Bahan:
1 tin susu sejat , 1 tin air, 1 sudu tepung kastard, 4 sudu besar gula dan semangkuk kismis.

Cara:
Satukan bahan2 ke dalam satu periuk, kacau atas api sederhana. Bila mendidih tutup api dan masukkan kismis.

Bila dah agak sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.

Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan sejuk2........

Ditambah lagi dengan jus tembikai....
Selamat mencuba.....dan selamat berbuka.

No comments:

Post a Comment