Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

07 August 2011

Kem, Seminar Teknik Menjawab, Bengkel , Kem Tutorial dan Klinik Mata pelajaran. Apa perbezaannya?



Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR, SPM mahu pun STPM dan STAM, masing-masing baru sahaja berlalu dan mungkin sesetengahnya akan bermula. Demam peperiksaan dikalangan pelajar sudah mula terasa. Pelajar pula sibuk mengulangkaji mata pelajaran masing-masing , dan cikgu-cikgu pula semakin sibuk menyediakan keperluan untuk pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung dihujung tahun ini. Bermula dengan UPSR , PMR dan SPM dan seterusnya yang lain-lain.



Berbagai-bagai usaha dan pendekatan dilakukan oleh guru dalam memastikan P & P mencapai keberkesanan melalui input-input yang disuntik kepada pelajar-pelajar. Dan sudah tentu kayu pengukuran kepada tercapainya objektif P & P ialah kejayaan anak-anak pelajar dalam setiap ujian dan peperiksaan.

Program-program yang dijalankan oleh pihak Projek Kecemerlangan Sekolah, Panitia matapelajaran dan juga Jabatan pelajaran negeri juga sangat membantu dalam usaha untuk melonjak prestasi anak-anak pelajar.



Yang menjadi persoalan kepada saya ialah kesesuaian program yang dijalankan dengan tahap pencapaian semasa pelajar. Guru perlu bijak mengatur strategi pembelajaran kepada anak-anak pelajar. Disini suka saya memperkatakan serba sedikit kategori pendekatan program yang biasa dijalankan.

1. Kem Mata pelajaran.
-bermaksud satu perkhemahan mata pelajaran yang diadakan dalam jangkamasa beberapa hari dengan beberapa jenis matapelajaran mengikut jadual tertentu. Jumlah pelajar mungkin mencapai 100 hingga 300 orang dalam satu masa. Setiap satu slot matapelajaran akan dibimbing oleh 3 atau 4 orang guru yang bertindak sebagai fasilitator. Penyampaian oleh fsilitator adalah secara keseluruhan dan mendedahkan format-format soalan peperiksaan sebenar dan penerangan diberikan secara menyeluruh berkonsepkan teknik-teknik menjawab.
Pada saya Kem mata pelajaran sesuai untuk pelajar-pelajar elit atau cemerlang,untuk mencapai tahap pengukuhan dan pengayaan.


2. Bengkel Matapelajaran

-bermaksud "membaikpulih" pelajar ke satu tahap untuk mencapai suatu standard kualiti seperti yang dikehedaki. Justeru itu program ini tidak sesuai diadakan dalam kumpulan besar. Pelajar akan dikelompokkan kepada beberapa kumpulan kecil dimana setiap kumpulan mungkin terdiri daripada 5-6 orang dalam satu kumpulan. Kumpulan yang kecil ini boleh dikelompokkan ke dalam kumpulan besar. Semua gerak kerja mereka akan dipantau dan dibimbing oleh seorang fasilitator. Pendedahan dan teknik menjawab diberi secara lebih dekat dengan lebih detail dan mendalam. Program ini lebih sesuai untuk pelajar sederhana.

3. Kem Tutorial.

Kem tutorial biasanya dijalankan dalam keadaan pelajar berada di dalam kelas dengan seorang guru/fasilitator. Mereka diberi modul matapelajaran tertentu dan diberi kaedah menjawab mengikut format peperiksaan tertentu. Kumpulan pelajar pula terdiri daripada pelajar-pelajar daripada sekolah-sekolah yang berlainan. Kalau dibuat di sekolah dengan pelajar yang sama, kumpulan pelajar digaul semula supaya mereka boleh bercampur dan sama-sama berkongsi dalam pembelajaran dan berasa suasana yang berlainan.


4. Klinik Subjek.
Kadang-kadang ada yang menggelarnya Kelas ICU, Kelas Pemulihan. Saya memanggilnya kelas Polek. Sebab mereka yang agak lemah ini perlu diberi perhatian yang lebih dan pendekatannya kena face to face. Mereka perlu "personal touching dan personal coaching" kerana tahap kebolehupayaan mereka dalam menguasai isi kandungan pelajaran yang "slow" sedikit. Jadi orang Terengganu kata kena ppolek sorang-sorang, baru menjadi. Justeru itu kerana bilangan yang agak ramai dengan bebanan kerja lain yang banyak saya menggunakan khidmat Guru Muda membantu mereka bersama-sama dengan saya bagi setiap satu sesi pengajaran.

No comments:

Post a Comment