Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

25 August 2011

Mee Kari NorishMuss

Salam semua,
Kali ini kita kongsi resepi mee kari pulak. Saya namakan dia Mee Kari NorishMuss. Agak banyak bahan yang digunakan, tapi sangat mudah cara memasaknya. Kena cuba tau! Jangan tak cuba, hahahhaha. Sedap. Kuah ni juga kalau dipekatkan sikit boleh dimakan dengan roti canai segera.

Bahan2 yang digunakan untuk membuat mee kari NorishMuss


Bahan tumis
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
.
3 sudu besar cili boh
1 paket rempah kari

Kuah mee kari

1 sudu besar udang kering dikisar halus
1 mangkuk santan besar
1/2 mangkuk ayam yg dipotong kecil
10 biji fishball dibelah 4

1 biji karot dipotong

bunga kobis (ikut suka banyak mana)

2 biji kentang dipotong
3 batang serai diketuk

2 keping asam gelugor
garam , gula, perasa , secukupnya.


Setelah tumis bahan2 tadi masukkan santan dan semua bahan lain, dan didihkan sehingga masak.

Telur, lada jarum, limau nipis dan daun sadri, taugeh celur - eksoseri ketika makan.


1 kilo mee kuning dibasuh dgn air panas, toskan. Hidang dalam pinggan dan tabur dengan hirisan halus karot, lada jarum, daun sadri dan bawang goreng

Mee Kari NorishMuss dah siap untuk dimakan.

Pulut lepe segera. Nak makan baru panggang.

2 comments:

  1. hmmm... sedap nya, kena cuba nii...

    ReplyDelete