Kapal terbang sudah menjadi pengangkutan awam yang rutin sekarang ini. Lebih-lebih lagi jika hendak mengejar masa dalam urusan-urusan penting. Dalam pada itu kita juga terfikir tentang berbaloi atau tidak dengan perkhidmatan yang diberi dengan wang yang kita keluarkan.
Fikir sejenak je....hehhee.
Saya selalu menggunakan Firefly atau kadang--kadang Air Asia untuk ke Kuala Lumpur. Tu pun dapat sponsor daripda anak2, jadi tak fikirkan sangat pasal harga tambang. Tapi kali ni saya pergi dengan Mas. Ini pun ditaja oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Mapaysia untuk satu tugas rasmi. Ada lah juga perbezaannya. Yang nyata ialah mengenai bilangan penumpang pada satu-satu masa. Banyak seat yang kosong berbanding yang ada penumpang....kalau begini lah, Mas dapat untung ke atau sebaliknya.
Hmm, fikir sejenak je. Tak nak fikir lagi......hahahhaha, banyak kerja sangat yang nak buat dalam kepala ni.
Seorang guru Matematik yg cemerlang dan juga seorang blogger yang puitis..
Untuk perjalanan domestik dari KL to KT dan sebaliknya , dan temph perjalanan adalah 50 minit, kami dihidangkan dengan 3 jenis minuman, jus oren, jus jambu batu, dan milo.
(pilih satu saja tau!)
dan fikir sejenak je...
dan kami juga diberi dengan 1 paket kecil kacang jawa masin/goreng...huhhh.
Fikir sejenak je....
fikir sejenak je...he, he, he,.
Yang ni, jangan fikir sejenak ye, kena sentiasa fikir.........
No comments:
Post a Comment