Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

10 November 2011

Mini Gym Ku

Mini gym ku......

Hahahaha, ini lah mini gym ku. Setiap petang kami sekeluarga akan bersenam dengan gaya yang tersendiri. Masing-masing dengan alat kegemaran masing2 dan kadang2 tu bergilir-gilir. Alat-alat bersenam ini saya letak di ruang keluarga depan televisyen. Sambil menonton tv sambil bersenam. Lagipun rumah saya kecil saja, memang tidak ada ruang untuk meletakkan alat2 ini.

Pemecah lemak, tapi lemakku masih berketul2 jugak. Macam mana ni? hahahha, semua ni kerana tiada disiplin. Buat sambil lewa.

Gym ball....saya duduk-duduk je kat atasnya.

Saya jarang bersenam, biasanya digunakan oleh anak-anak. Sesekali saya tumpang juga. Memang rasa release. Mungkin faktor umur yang menjadikan rasa malas itu bermaharajalela. Walau apa pun pemakanan tambahan yang kita ambil, jenis pekerjaan kita, sebaiknya aktiviti bersenam ini mesti dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Sudah memadai kalau diamalkan setiap hari untuk kesihatan.

Dulu saya pernah juga pergi jogging setiap hari minggu, malah masa zaman muda2 dulu selalu juga masuk kelas erobik 1 kali seminggu. Memang rasa sihat dan segar. Tapi tuntutan kerja yang banyak dan sentiasa sibuk dengan pelbagai komitmen menyebabkan ia terhenti begitu saja. Sepatutnya kesihatan didahulukan, baru lah tidak mengganggu prestasi kerja kita, apabila badan kita sentiasa cergas dan bertenaga.

Alat pemberat ni jisimnya 5 kg. Kalau dua belah tangan rasa boleh tahan ringannya, tapi kalau sebelah tangan rasa boleh tahan juga beratnya hehehehehe.

Kerusi urut untuk bahagian belakang , pinggang, punggung dan paha..

Meja pingpong, boleh bermain 4 orang. Kalau saya bermain pingpong banyak juga keluar peluh sebab kutip bola yg jatuh, bukan sebab dapat sambut bola dari lawan....hahah. Jom lah.

Cegah sebelum kena, begitulah pesan doktor atau dietician apabila kita pergi membuat pemeriksaan kesihatan. Bersenam dan mengambil diet seimbang dengan cara makan dan cara memasak yang betul, perlulah dititikberatkan untuk mencegah daripada penyakit.

Pengambilan makanan tambahan dengan pelbagai jenis produk tidak menjadi keutamaan bagi saya untuk kekal sihat. Tapi kadangkalaia sangat perlu bagi kes2 yg tidak boleh tidak mesti mengambilnya dan atas saranan doktor, atau kepada yang mempunyai penyakit kronik dan paling susah untuk diubati. Sampai bila kita harus bergantung dengan pemakanan produk kesihatan tersebut. Walau bagaimana pun ia bergantung kepada individu dan tahap kesihatan serta cara mereka menjaga kesihatan tubuh badan masing2.

No comments:

Post a Comment