Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

24 November 2011

Senyum.......

Senyum, senyum, senyum dan senyum lah selalu....

Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Ini lah antara baris-baris bait lagu yang sering berkumandang di televisyen. Senyum membawa seribu pengertian kepada sesiapa yang tersenyum mahupun kepada yang menerima senyuman daripada sesorang. Tapi kalau kita sering tersenyum sorang2, apa agaknya yang orang kata pada kita? Salah haribulan dikatanya kita gila pulak, hahahhahha. Ye lah kadangkala bila kita teringat kisah lucu yang membahagiakan, selalu juga tersenyum dan ketawa kecil sendirian.

Kenapa apabila seseorang yang sedang snap gambar, terpacul keluar perkataan daripada mulutnya , "senyum senyum, senyum....." kepada orang yang sedang bergambar itu? walhal dia sendiri tak senyum pun, malah marah pulak kepada orang itu jika tidak senyum seperti yang dia mahu. Ha, pelik kan? ini bermakna sebuah senyuman itu sangat penting, ia boleh meghiburkan dan membuat orang lain senang hati dan boleh beralih persepsi daripada negatif kepada positif.

Senyum ikhlas...

Saya kata senyuman ini ikhlas sebab dia senyum semasa sedang bersalam dengan emaknya. Takkan senyum pura-pura pulak. Betul tak? Cuba bayangkan kalau wajah dia masam, tak senyum langsung , mesti emak nya terasa aneh, datang bersalam dengan muka macam mencuka. Tentu emaknya akan terkejut, tertanya-tanya dan menimbulkan kerisauan dihati. Hahahaha, jadi senyum juga membuat orang sekelilng kita akan berasa lega, senang hati dan bahagia.

Senyum manis

Walau pun orang nampak dia garang dan serius, tetapi bila tersenyum kelihatan manis lah jugak, seperti kata Allahyarham P. Ramlee "lawa tiada, manis ada". Begitu lah kira-kiranya. Jadi senyum sebagai penawar an penyejuk hati yang sedang gundah. Mengikut fakta sains kalau kita memulakan hari dengan senyuman, kita akan menceriakan hidup kita dan baik untuk kesihatan kerana badan kita pun akan turut tersenyum. Ini akan mengurangkan stress kerana dengan senyuman ia mampu memperlahankan aliran darah ke otak.

Senyum tawar
Mukanya kelihatan senyum , tapi hambar saja. Fikirannya mengelamun jauh, entah apa yang difikirkan. Mungkin tiada masalah besar yang dihadapi atau fikirannya memang kosong. Jadi kategori senyuman ini boleh lah dikatakan senyuman yang tawar. Saya rasa ramai yang bersetuju dengan saya.

Senyum gembira
Saya kata dia ni senyum gembira sebab ketika ini ramai orang sedang makan-makan makanan yang enak-enak yang dihidangkan. Senyum tak pernah lekang dibibirnya menyambut kedatangan tetamu. Mungkin juga kerana dapat berkumpul dengan kawan-kawan, saudara mara dan keluarga dengan banyak cerita gembira yang dibualkan. Jadi kegembiraan itu terpamer dalam senyuman.

Senyuman menawan
Kata doktor, senyuman juga boleh menyebabkan tekanan darah menurun dan menambahkan bekalan oksigen dalam darah. Ia juga pemangkin kepada proses pembaikpulih. Tekanan perasaan yang berlebihan, murung, kemarahan yang melampau dan apa saja yang bekaitan dengan sakit jantung perlu dihindarkan. Jadi kena senyum-senyum lah selalu dan rehatkan minda. Fikir perkara yang baik-baik saja dan banyak berzikir. Senyum,senyum, senyum...

Senyum yang menampakkan lesung pipit....

Dengan senyuman juga akan memberi tafsiran yang positif terhadap kita. Kadangkala aura kebahagian
itu akan terpancar pada wajah dan dapat dirasakan oleh orang sekeliling. Orang yang melihat juga akan turut tersenyum. Anda bahagia kami pun turut gembira.

Senyum pahit

Ini senyuman yang dipaksa. Tengok dari riak wajahnya, riak2 senyum tu sikit sangat, tetapi nak kata masam tak juga, kadang-kadang seperti dibuat-buat. Orang Tganu kata "nnebeng". Sesekali wajahnya kelihatan seperti tidak puas hati terhadap sesuatu. Walau apa pun tanpa disedari sebuah senyuman itu membawa maksud tersendiri. Hahhaaa.

Senyum simpul

Duduknya sopan, kelihatan malu-malu, tapi tetap tersenyum. Senyum simpul lah ni. Ada yang bila tersenyum tak nampak gigi, ada yang tersenyum nampak gigi. Macam mana tu? Ada orang tu payah benar kita boleh tengok dia senyum. Serius dan masam saja mukanya 24 jam. Tetapi ada orang sedang tidur nampak tersenyum. Benarlah kata orang , senyum itu terbit dari hati.

senyum kambing
Seumur hidup saya tak pernah sekali pun melihat kambing tu senyum. Bagaimana ye? Jadi senyum kambing senyum yang macam mana? Seperti dalam gambar inikah?

atau seperti senyuman inikah? hahahahahaha

Senyum jenis apakah ini? senyum makrifat kah? uhhh.

Senyum kemewek
Senyum dengan penuh perasaan, memang senyum bersungguh-sungguh ni. Hahha, happy, ceria dan gambira. Senyum sokmo.

Senyum meleret

Inikah yang dikatakan senyum menggoda?

Senyum sinis kah?

Kata orang senyum sinis boleh membuat orang marah dan membenci kita. Senyuman juga tak boleh dibuat-buat. Ia menun jukkan hati kita yang tidak ikhlas dengan senyuman itu. Susah nak gambarkan bagaimana, tetapi apabila seseorang menghadiahkan senyuman sinis kepada kita, ketidakikhlasan itu dengan sendirinya akan kita sedari. Betul ke? hehehe.

Ketawa berdekah-dekah. Senang hati nampaknya dapat duit.

Kajian juga mengatakan jika kita ketawa 100 kali dalam satu hari seolah-olah kita telah melakukan senaman selama 10 minit. Degupan jantung dan tekanan darah meningkat apabila ketawa dan ini akan meningkatkan proses metabolisam dalam badan. Kalori dalam badan juga menurun.
Tidak percaya, cuba lah!

Sukanya dia........kah kah kah kah kah, ketawanya berderai-derai.

Memang kanak-kanak lebih banyak ketawa berbanding orang dewasa. Daripada kajian didapati kanak-kanak yang berumur 4 hingga ke 6 tahun ketawa lebih dari 400 kali sehari. Sedangkan orang dewasa hanya ketawa 10 hingga 15 kali sehari. Banyak bersedih dan masalah kemurungan sering terjadi dikalangan orang dewasa.

Ketawa juga boleh memperbaiki sistem pencernaan dalam badan kita, kerana fungsi usus dapat berjalan dengan lebih baik semasa penyerapan nutrient dalam badan disamping boleh membakar kalori dalam badan, seperti kita melakukan senaman juga.

Tapi awas, ada senyuman asli dan ada juga terdapat senyuman palsu.....wallahualam.Walau apa pun saya suka lagu nasyid nyanyian Raihan di bawah ni, saya akan tersenyum bila mendengar lagu ini walapun saya tak pandai menyanyi. Rasa cool, damai dan terhibur.


Senyum
Artist: Raihan

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra

Senyum tanda sayang

Senyumlah sedekah yang paling mudah

Senyum di waktu susah

Tanda ketabahan

Senyuman itu tanda keimanan

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah

Senyumnya bersinar dengan cahaya

Senyumlah kita hanya kerana Allah

Itulah senyuman bersedekah


Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah...


4 comments:

  1. senyum..tak perlu kata apa~ apa...

    ReplyDelete
  2. senyum sokmo lah, kah, kah.

    ReplyDelete
  3. Kalau orang senyum,,,,,,dunia tiada penyakit....senyum..senyum..senyum..tak perlu kata apa-apa...

    ReplyDelete
  4. Senyum. Xperlu kata apa2.hehe. Tp ni xleh senyum kena ketawa sbb klakar

    ReplyDelete