Search This Blog

Loading...
"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

08 December 2011

Nasi Dagang Norishmuss

Assalamualaikum wbt.....

Hari ni saya terasa sangat nak makan nasi dagang Tganu buatan sendiri, jadi saya namakan dia, nasi dagang Norishmuss. Pernah pada satu ketika dulu2, ada juga kawan dan jiran tetangga yang tempah dengan saya, tapi bab2 tempah menempah ni saya dah stop sekarang, tak larat rasa nak membasuh periuk belanga dan mengemas dapur apabila selesai tugas memasak. Sebab tu saya hanya memasak untuk hidangan keluarga saja, seperti hari raya, makan hujung minggu atau sesekali menjemput rakan-rakan datang makan ke rumah.
Anda boleh lah cuba resepi nasi dagang saya yang simpel ini , tapi tetap berbaloi. hehehhee.

Nasi Dagang Norishmuss
1 kilo beras panjang, 2 cawan beras pulut, 1 mangkuk santan pekat, 1 sudu besar halba, 2 inci halia dihiris nipis dan potong kecil2 memanjang, 6 ulas bawang merah dimayang, 1 sudu besar garam, 2 sudu besar gula.

Cara Memasak

Beras panjang dan beras pulut direndam dalam air selama 3 jam.

Toskan dan kukus dalam periuk mengukus. Selepas 10 - 15 minit. angkat dan tuang beras tadi ke dalam bekas lain.

Jirus dan kacau dengan air sejuk sehingga sebati dan masukkan semula ke dalam periuk menhukus dan kukus lagi selama 10-15 minit juga.




Ulangi proses mengukus ini sesehingga 3 kali. Orang Tganu kata "arong". hahahha, tak tahu lah orang luar Tganu sebut apa.

Setelah 3 kali arong dengan air sejuk tadi, masukkan nasi ke dalam bekas lain.
Kacau nasi dagang dengan bancuhan santan tadi sampai sebati. Kemaskan didalam pinggan atau mangkuk nasi.








1 mangkuk santan, yang telah dicampur dengan 1 sudu besar halba, halia yang dipotong , hirisan bawang merah, garam dan gula.







Nasi dagang yang telah siap dikukus. Memang sedap! Kalau tak sedap maknanya air tangan anda tak menjadi, di hujung jari anda tak ada bentuk siput yang berpusar, hahahhaa, jangan marah, gurau saje. Tapi anda boleh chek antara 10 jari tangan , ada berapa jari yang bersiput. hahahahhaaa.

Gulai Ikan Nasi Dagang
1 ekur ikan tongkol (direbus dengan 3 keping asam gelugor dan sedikit garam dan skeping gula mwlaka terlebih dahulu), 10 ulas bawang merah, 1 mangkuk kecil cili boh,
2 inci halia ditumbuk halus, 1 inci lengkuas ditumbuk halus, 5 ulas bawang putih ditumbuk halu, 2 paket rempah gulai (cap bunga rose), 2 sudu besar kerisik, 1 keping kecil gula melaka, 1 sudu besar ketumbar, jintan manis, jintan putih, 1 mangkuk besar santan sederhana pekat.
Sedikit garam gula dan serbuk
perasa. Buah belimbing buluh (jika ada).

Cara Memasak
Santan dididihkan di dalam satu periuk. Dalam kuali yang lain tumis semua bahan2 tumbuk dan masukkan bahan2 lain sehingga wangi dan masak. Tuangkan bahan tumis tadi ke dalam periuk yang santannya sedang mendidih tadi. Masukkan ikan yang telah direbus dan lada jarum. Kacau perlahan sehingga masak.




Acar Nasi Dagang

2 biji timun batang dipotong
1 biji karot diparut
1 labu bawang besar
1 biji cili merah dihiris
sedikit garam, gula, dan cuka.



Hmmm, yum, yum, yummmy...

Anak saya tak suka ikan tongkol, jadi saya campur lah sekur ikan kembung dengan beberapa biji telur rebus ke dalam gulai. Pelik juga dia ni. Ada ke dia cakap yang rasa ikan tongkol tu rasa serupa seperti surat khabar basah. Bila masa pulak saya masakkan lauk surat khabar ni. hahahhaa, kelakar sungguh.

Selamat mencuba, belum cuba belum tahu!

No comments:

Post a Comment