Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

18 August 2011

Sotong Sumbat @ Ketupat Sotong yang uhmmmph!

Sekarang ni musim orang bercandat sotong. Salah satu masakan sotong kegemaran saya ialah sotong sumbat atau orang terengganu panggil ttupak sutong. Hmm, memang sedap. Bahan2 yang digunakan untuk membuatnya juga simple dan sangat mudah didapati. Tapi awas menu ini tinggi kandungan kolesterolnya, makan sekur dah cukup. Menyandar lah jawabnya selepas makan.......hmmm, menjilat tangan. (jari tak main dah, hehehhe).


1. 1 kilo sotong yang saiznya 6 inci panjang dibersihkan, asingkan kepalanya.


2. Mayang bawang dan hallia, dan bersihkan 1 sudu besar halba.


3. Beras pulut dibasuh bersih dan direndam biar kembang sekejap dalam 15-20 minit. Sejatkan.


4. Ini semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat ketupat sotong, senang saja, bawang merah, halia , halba termasuk garam, gula dan perasa. Mari ikuti cara seterusnya.


5. Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong sehingga 1/2 penuh sahaja.


6. Hah...ini dia lidi yang dipotong2 biar runcing dihujungnya, hehehe sebab isi sotong ni boleh tahan juga tebalnya. nanti senang nak cucukkan.


7. Cucukkan lidi pada sotong supaya pulut tak terkeluar apabila direbus nanti.


8. Ni dia kelihatan sotong yang telah siap disumbat pulut dan dicucuk dengan lidi.


9. Masukkan sotong yang telah disumbat beras pulut tadi ke dalam periuk , bubuh sedikit air dan biarkan ia mendidih separuh empuk. Selepas itu masukkan santan kedua secukupnya, sehingga 3/4 tenggelam sotong tadi. Masukkan bawang, halia dan halba.


10. Masukkan gula, garam dan perasa secukupnya, dan biarkan mendidih sehingga masak. Kacau rata dan hati-hati supaya santan tidak pecah minyak.


11. Nah, ini dia ketupat sotong yang sudah dimasak....hmm sedap!!!


12. Jeng, jeng, jeng, ketupat sotong sudah siap untuk dimakan.....jom lah.


13. Yang ni pulak ialah tom yam seafood. Kepala sotong yang diasingkan tadi dipotong2 dan buat tom yam seafood. Cuma masukkan kepala sotong tadi, udang, fishball/fishcake, lada benggala, buah tomato, jagung muda, bunga kobis, serai, lengkuas, halia, bawang putih, lada jarum, daun limau purut,asam keping dan rempah tomyam adabi disamping garam dan serbuk perasa (jika suka)....sedap.

No comments:

Post a Comment