Search This Blog

"A teacher is someone who takes your hand, touches your heart and opens your mind..........."

29 November 2011

Sayangi lah Keluarga

Bersama melakukan aktiviti keluarga.............memang seronok.

Keluarga bahagia, keluarga penyayang, keluarga harmonis, keluarga tauladan adalah impian semua orang. Tetapi adakah semuanya kesampaian? Pembentukan akhlak dan sahsiah seisi keluarga bermula daripada pembentukan peribadi yang dijana dalam sebuah rumahtangga yang terdidik dengan didikan agama dan nilai-nilai murni yang dipupuk oleh ibubapa.

Kadangkala walau dah dewasa dan berumahtangga mereka masih perlukan perhatian dan kasihsayang ibu bapa. Keluarga bahagia akan menyerlahkan kegembiraan ahli penghuninya. Saling mendoakan yang terbaik dan hidup penuh kasihsayang.

Sentiasa bersama dan saling berkunjung..


Sejak dari kecil lagi kanak-kanak akan memerhati perlakuan ibubapa dan orang-orang dewasa disekeliling persekitaran mereka. Nilai-nilai murni yang baik yang dipamerkan dan tingkah laku serta cara ibubapa mendidik akan menjadi ikutan dan tersemat di dalam diri mereka. Disinilah akan bermulanya pembentukan sahsiah dan etika anak-anak kita.

Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi bila tiba musim cuti sekolah. Kanak-kanak yang masih kecil apatah lagi yang sedang di alam remaja akan terasa diri mereka dikasihi, dicakna dan dilindungi.

Ada sesetengah remaja akan menolong ibu bapa mereka bekerja untuk menambah pendapatan keluarga. Rasa tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa ini menunjukkan kasih sayang antara mereka telah terjalin.


Apabila dewasa kadangkala anak-anak akan cenderung melakukan aktiviti yang sudah terbiasa dilakukan semasa kecil bersama keluarga. Misalnya sejak kecil mereka suka menolong ibu bapa berniaga. Tidak mustahil minat mereka akan tumbuh dan menanam cita-cita untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bermula dari kecil-kecilan akan menjadi usahawan atau ahli perniagaan yang berjaya pada suatu hari kelak.

Alangkah gembiranya anak ini, apabila keluarga membawa ke padang permainan dan dapat bermain layang-layang kesukaannya.

Jiwa kanak-kanak sangat lembut dan mudah mengikut apa yang didorong kepadanya. Tanam lah sifat-sifat terpuji melalui "hidden curriculum" dengan pendidikan berteraskan agama. Melalui masa mereka akan belajar dan mengamalkannya dan akan amat susah untuk mendidik mereka jika ia sudah terjerumus kepada perkara yagn tidak diingini, seperti kata pepatah melayu, "kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya".

Amalan solat berjemaah sekeluarga perlu dilakukan selalu. Seorang lelaki yang menjadi seorang bapa adalah merupakan seorang ketua keluarga yang wajib membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang betul dan diredhai. Jika ini dapat dilaksanakan, insyaallah tidak akan wujud kepincangan dalam sesebuah keluarga itu. Pengetahuan dan amalan agama yng dibaja dan disemai pada anak2 akan melahirkan sebuah masyarakat yang hidup mengikut norma-norma kehidupan yang dituntut oleh agama. Sembahyang adalah tiang agama.

Seorang bapa sedang beriadah bersama anak. Suasana seperti ini seharusnya boleh diamalkan dalam sesebuah keluarga untuk menambat kasih sayang dan hubungan antara ahli dalam sesebuah rumahtangga atau keluarga kian bertambah erat.

Perjumpaan ahli keluarga tidak semestinya berlaku di rumah. Kita boleh saja melakukan di luar seperti di taman rekreasi, padang permainan atau kawasan yang disediakan untuk jogging dan sebagainya. Sangat seronok dan membahagiakan, terutama bagi kanak-kanak.



Berkelah, salah satu acara keluarga boleh dilakukan sekurang2nya 1 bulan sekali. Sesekali dengan makan-makan di tepi sungai , tasik, pantai, hutan lipur, dan kaki-kaki bukit yang pemandangannya indah memang menyelerakan. Kasih sayang keluarga menjadi semakin bertambah.

Sekarang zaman IT, kadang-kadang terdapat dalam sesebuah keluarga itu mempunyai 1 buah laptop untuk 1 orang, wahhh...apalagi masing2 dalam bilik masing2 dengan facebook, twitter, games dan entah apa2 lagi.
Ibu bapa perlu memantau kegiatan anak-anak walau di dalam rumah sendiri. Apatah lagi jika anak-anak keluar rumah hingga jauh malam tanpa pengawasan yang teliti. Di luar sana terdapat bermacam-macam perkara yang boleh menjerumuskan anak-anak ke lembah yang tidak sihat. Sayangilah diri sendiri, sayangilah keluarga kita. Insyaallah mendapat keberkatan sebagai pemimpin kepada anak-anak iaitu amanah Allah SWT kepada kita semua.



No comments:

Post a Comment